Aksi di hari pertama bangun utk p sekolah......... ceria giler tu.......
Minggu ni aku dah 1minggu xkuar umah mlm coz anak aku tu la, dia dah mula masuk sekolah, jd aku kena train dia bgn awal pg utk biasakan dia bgn awal utk mandi, sarapan dan pelbagai lg la yg kena buat.....
Anak aku ni bkn nak tido kalo aku x ada dkt dia..... aku pun xtau la kenapa, coz kalo nak ikut kan aku ngan dia bkn la manjakan sangat, aku kerap jugak merotan kalo dia buat benda yg seriusla, marah tu biasala, pukul ngan tangan kat kaki dia kalo dia suka sepak2 org. tapi walau mcm maner pu dia tetap nak duk dkt aku jer kurang dgn ibu dia.....
Dia kalo boleh kemaner aku p dia mesti nak ikut walaupun dlm kawasan rumah sekalipun..... kekadang tu aku tgh mandi pun dia kan ketuk pintu bilik air bertanya "ayah! dah siap ke?" bila dia rasa aku lama dlm bilik air lg la kerap dia bertanya, memang susah nak berlekang. Kekadang tu aku pun naik rungsing, tp aper nak buat aku faham coz dia sorang je.... x ada adik dan kawan2 kat kawasan perumahan ni yg sebaya dia..... Aku bkn x nak tambah anak lg tp blm ada rezeki lagi inshaallah ada rezeki adala didin dapat adik.......
Citer pasal anak, semalam aku dapat terima panggilan dari adik aku bahawa isteri dia mengandung 4bln dan anak kembar plak tu......... wow........ thn ni aku bakal mendapat anak sedara baru seramai 4org dari 3 adik aku. Alhamdulillah syukur kepada hadrat ilahi..... mudah mudahan segalanya berjalan dgn lancar dan diberkati oleh ALLAH swt....serta mendapat anak2 yg soleh dan soleha.... amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan