klik2 cuci mata
Khamis, 20 Mei 2010
JRCCC aktif kembali.
Perhatia kepada semua ahli Kelab RC JPPHB... Kini kelab Rc kita telah aktif kembali bermula semalam 19 Mei 2010..... jd dgn itu diminta semua ahli kelab agar dapat memulakan kembali aktiviti kelab sepenuhnya..... Kelab RC JPPHB kini telah mendapat sambutan dari pihak luar yg ingin menyertai kelab ini.... Jd kepada ahli kelab semua diharap dapat menhubungi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kelab utk maklumat lanjut.... Diharap semua ahli dapat memberi komitmen sepenuhnya.... "Majulah Sukan Untuk Kelab"
Isnin, 17 Mei 2010
Engin petrol RC

FUELIE 23 ENGINE 2.0 # 15406
23cc Gasoline Engine/with Revised Cylinder Porting, #15448 High Response 8000K RPM Clutch, #15483 High Flow Exhaust Muffler, and #15411 Air Filter.
Genuine HPI quality spare part for easy maintenance and repairs.
Keluaran terbaru dari pada HPI Racing... kini telah ada engin yg menggunakan kuasa petrol untuk kereta kawalan jauh yg x berapa mahal pemggunaan minyak berbanding yg menggunakan nitro.... Kuasa yg terdapat atau yg boleh di perolehi ialah 23cc dan 26cc... itu adalah info yg aku dapat...
Harapan tinggal harapan

Itu lah ungkapan yg boleh aku katakan kepada skuad badminton negara..... pada aku piala uber memang team kita x ada harapan.... itu telah aku jangka.. kita memang x boleh menang piala uber.... tetpi aku amat kecewa apabila team piala thomas kita gagal atau kecundang di peringkat separuh akhir..... team kita kalah kepada juara bertahan china..... aku mempertikaaikan , kenapa team negata kalah kepada jepun di peringkat suku akhir itu yg menjadi tandatanya ????????? mengapa ki mencari jalan sukar utk bertemu china pada peringkat separuh akhir.... kita semua telah tahu dan pasti rakyat malaysia semua telah tahu bahawa china memang sukar dan kuat bg kita utk menang........ tp tidak mustahil utk kita menang dgn china, itupun kalo kita layak ke peringkat akhir, tak mustahil utk kita menang..... berbekalkan semangat 1malaysia kita mungkun mencipta kejutan..... mungkin piala thomas akan kembali ke gengaman kita....... bg pasukan negara harapan rakyat malaysia pasti utk memenangi piala thomas kembali...... berjuanglah wahai wira2 negara....... majulah sukan untuk negara......
Selama Hari Guru

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat guru2 di seluruh malaysia, jasa mu tetat dikenang hingga akhir hayat... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru2 yg telah memdidik aku pada thn 1983 hingga thn 1993.... jasa mu akan ku kenang hingga akhir hayat ku....
Khamis, 6 Mei 2010
selamat kembali
Wow...... lamanya x update blog..... kini aku akan cuba update selalu ....itupun kalo ada masa dan rajin...... aku ada info terbaru tentang RC......
Khamis, 15 April 2010
Jumaat, 26 Mac 2010
Syukur Alhamdulillah..
Alhamdulillah...... bersyukur aku kehadrat ilahi kerana aku telah selamat menjalani pembedahan kaki kiri aku tempoh hari...... pada hari rabu bersamaan 17/ 03/ 2010.....
Aku nak kongsi sedikit pengalaman aku semasa di wad dan semasa pembedahan kaki kiri aku aritu....... Masa di wad aku terpaksa di masukan ke wad kelas 3 kerana kelas 2 penuh..... jd agak ramailah jugak org masa tu.... kat sebelah kiri katil aku ada seorang india, tetapi dia tgh bersiap nak balik.... kemudian sebelah kanan aku pun india jugak.... sblh depan aku remaja melayu....... masa kat wad, wife aku la yang menunggu aku dan membantu aku........( isteri tersayang aku tu )
Bermulalah kisah aku kat wad, aku x boleh makan kerana aku nak menjalani pembedahan pada ptg hari rabu tu..... apalagi nurse dtg utk cucuk jarum bg masuk kan air dan ubat serta mengambil darah utk dibuat pemeriksaan. Jd dlm boring tu aku pun bertanya la pada india sblh kanan aku tu.... nama dia kanan.... umur 32thn....masalah dia di masukan ke wad ni coz kena langar oleh keretapi.... katanyalah...... jd kecederaan dia agak teruk jugak..... kaki kiri putus sampai ke bhg punggung.... tgn kiri putus 2 jari...kemudian sebelah kanan melecut dari kaki sampai ke tangan......dan mengalami masalah tulang belakang.... sampai nak buat apa pun kena dibantu oleh nurse.......
Bagi remaja kat depan katil aku tu pun agak teruk gak tp dia masuk utk kali ke2..... masalah remaja tu dia terbabit dlm kemalangan dgn sebuah Pajero..... Pajero tersebut memotong tp x lepas dan terus merempuh remaja terbabit yg datang dari arah bertentangan... remaja tu mengalami patah peha kiri, kaki kiri dan kesemu jari kaki kiri....... setelah semua pembedahan di buat semua jari kaki kiri dia telah disambung dgn dawai...... bayangkan lah bagai mana siksanya ..... walaupun bukan salah kita tp yg teruk dan menaggung sakit, kita jugak kan? Kesilapan org lain ,org lain jd mangsa.....
Lain pula cite tentang aku ni..... pada jam 7.20pm aku telah dimasukan ke dewan bedah.... apabila masuk ke dewan bedah, aku pun telah dibius kan separuh badan..... dari pinggang ke bawah.....ubat bius tu di cucuk dari tulang belakang..... wow... sakitnya boleh tahan jugak.....masuk kali ni aku dah rasa 2kali ....... masa mula pembedahan dulu pun kena mcm ni gak..... apalagi sesi pembedahan pun bermula lah... aku x rasa apa2 pun, tetapi kali ni masa tgh belangsungnya pembedahan tu, aku muntah dlm 3ke 5kali....
Pembedahan berjalan x berapa lama dlm 1 1/2 jam...... selepas selesai aku telah dihantar kembali ke wad untuk rawatan selanjutnya........ setibanya aku di wad aku terus tidur sampai lah tgh malam.... tanpa makan apa2 pun..... cuma aku bengun bila nurse dtg utk masuk kan ubat, coz semasa masuk ubat tu dia punya sakit boleh tahan jugak..... pada pagi hari khamis nurse dtg utk buat dreesing( cuci luka )..... aku pun apalagi ambil kesempatan lah...... bukan kesempatan apa pun...... masa tu lah alu berpeluang melihat kaki aku setelah semalaman aku x tengok..... aku terkejut! bila aku tengok kaki aku berlobang di tempat pembedahan semalam....... luasnya dalam 2 1/2"..... aku jd tergamam..... dan tertanya2..... kenapa x dicantumkan?.... aku pun bertanyalah pada nurse yg cuci luka aku tu .... nak tau apa dia kata.....? Saya x tau la encik..... kena tunggu doktor dtg periksa nanti encik tanya dia.... apa yg aku boleh buat cu menganggukan kepala je la....
Apabila DR dtg aku pun tanya lah kat DR tu kenapa? DR tu jawab "memang mcm tu, coz DR nak periksa dulu... kalo ok, baru kita akan cantumkan balik"..... maknanya kena masuk bilik bedah sekali lagi la? dgn selaber Dr tu jawab.... "Ya". Dgn rasa tertekan aku cuma berdidam diri je la..... dan mengenang kan utk menempuh pekara sama pada esoknya..... pada hari jumaat pula, aku telah di pangik utk masuk ke dewan bedah semula utk menutup tempat yg di bedah pada hari rabu aritu.... setelah sampai ke dewan bedah, pakar bedah menerangkan pada aku yg mereka x akan cucuk bius mcm aritu.... ia cuma cucuk bius di bahagian kaki sahaja.......coz x boleh cucuk bius terlalu banyak dlm masa terdekat...... dan memberitahu kesakitan akan terasa sikit la..... kemudian bermulalah proses menjahit..... apa yg aku rasakan hanya tuhan sahaja yg tahu......pada minit2 pertama aku x rasa apa2 sangat..... tp bila 10minit berlalu aku rasa dah mcm x pakai bius dia punya sakit... aku ada gak bg tau kat diaorg tp apa yg diorg kata cuma, "tahan sikit ya"....... aku punya menahan rasa mcm nak terkencing2...... nasib la cuma 5minit je yg aku kena tahan..... kemudian, siaplah kerja menjahit.... tp sakitnya terasa sampai aku balik ke wad....... dan aku x dapat blk coz pakar bedah x benarkan..... pada pg sabtu DR dtg utk pemeriksaan..... dan sah kan aku boleh pulang lepas makan tengahari...... sepanjang aku duduk kat wad, wife aku lah yg menjaga aku.... bancuh air, suap makan, lap badan, bawa aku p kencing,mandi dan segalanya la yg dibuatnya, aku cuma duduk dan baring je....Terima kasih sayang, ling tidak kan lupa apa yg telah dikorbankan oh sayang selama ni.....
I LOVE YOU SO MUCH Lepas makan tengahari aku pun pulang, ke rumah mak aku dulu...... aku balik ke tg malim, pada hari isnin coz, aku x larat nak memandu kete, kerana ubat masih ada lagi.... aku rasa nak tido jer di buatnya.......
Tu pengalaman aku masa menjalani pembedahan kaki aku
Sabtu, 13 Mac 2010
Tension..........
Aku tgh pening kepala dan susah hati coz... minggu depan akan berlangsungnya majlis konvokesyen UPSI ke12....... dan yg paling buat aku tension.... bila mana pada17 hb nanti aku akan menjalani pembedahan semula kaki aku...... aduh ...aku rasa mcm x ada mood jer nak keje minggu dpn........ coz aku rasa tension sangat utk menghadapai pembedahan tu ....... sebabnya, aku dah meharungi nya dahulu..... dan aku dah rasa azabnya, jd minggu dpn aku kena hadapi benda yg sama lg........ sekarang aku tgh down sangat ni.... sampai nak makan pun rasa mcm x ada selera dan nak makan apa pun aku x tau dah..... kemudian kaki aku rasa mcm sakit sangat dari dulu..... mcm tau tau jer aku kena oprate minggu depan.....skrg ni aku rasa mcm nak marah jer, kekadang anak aku buat hal sikit pun aku tengking dia... kekadang aku rasa aku ni teruk sesangat..... sampai anak aku yg baru umur 5thn pun aku nak tengking mcm org dewasa...... bkn aper dlm keadaan aku yg tgh serabut ni, aku sendiri x tau apa yg aku buat...tp bila kau rasa nak marah atau x berapa ada mood aku saja la bawa tidur awal ke atau melayan tv ..... sampai aku x peduli wife aku buat keraj sorang... selalu tu aku ada la tlg di a buat kerja umah sikit2 ataupun memasak... tp aku skrg ni memang dah x ada mood nak buat semua tu...... Ya alllah tolong lah hamba mu yg hina dah lemah ini ya allah.... aku bermohon kepada mu ya allah, semoga kau tabah akan jiwa ku, kau kuatkan semangat ku untuk menempuh segala ujian yg kau berikan kepada lku...... ya allah.... amin....
Khamis, 11 Mac 2010
KONVOKESYEN UPSI KE12
Alhamdulillah... syukur kehadirat ilahi..... kerana pada tahu ni aku dapat menyertai pesta konvo di UPSI.... tapi untuk satu hari jer la..... coz pada 17 hb ni aku kena masuk wad bagi menjalani pembedahan semula menyambung urat kaki kiri aku yg terputus pada bln 4 ,thn lepas...... utk thn ni aku dapat tahu yg Kelab Pembangunan JPPHB ada membuka gerai seperti thn 2008..... gerai kami menjual air minuman, kerepek dan makanan ringan........ nampaknya aku cuma dapat joint 1hari jer la nampaknya...... :( jd aku harap agar kekawan dapat la kiranya memeriahkan lg gerai kita semua..... kita ulangi sejarah lalu dimana gerai kita yg paling happening dan yg paling laris dan tutup awal....... memang best giler......... kat bawah ni ader sikit gambar gerai kami pada thn 2008....
Langgan:
Catatan (Atom)




