klik2 cuci mata

Jumaat, 26 November 2010

yokomo rc part

Stage 2 upgrade for drifft pakage





Chassis set




Alumanium front chassis brace


Alumanium bell crank post

Nut driver

Drifft oil


Allen wrench


Yokomo-4bx


Full chassis carbon


Kesemua gambar dan infomation telah di ambil dari www.yokomo.com

Rabu, 24 November 2010

INFO TENTANG AUTO

Aku dah masukan info website kat belah kiri atas sekali tentang auto....
Terlalu banyak maklumat tentang pelbagai pekara di dalam internet. Antaranya tentang automotif yg teramat banyak, kerana automotif adalah salah satu hobi utama dikalangan lelaki di seluruh dunia. Tidak kira mereka berada di benua mana sekali pun. Majalah-majalah atau e-majalah menjadi rujukan dan bahan bacaan bulanan atau mingguan buat mereka yg amat berminat dengan automotif. jd boleh la rujuk pada website yg sy dapat.... TQ

Baik pulih kete aku

Salam 1 malaysia semua.... dah lame aku x update blog, di sebabkan aku terlalu sibuk dgn kerja.... dan ketiadaan mood utk berkarya....aku skrg ni dah kerap login blog gilamodified jd aku cuba dapatkan info terkini tentang cara dan bagaimana nak make up kete.... aku mencadang utk membaik pulih segala prasarana kete aku dari luaran hingga kedalamannya... aku tgh berfikir utk gunakan hasil karya dan air tangan en. khairul dari gilamodified utk kete aku.... Dari hasil perbincangan aku, didin dan wife aku sendirian, aku mendapat kata putus utk mengalerkan kete aku dgn warna hitam diamond 2k.... woowwww....... pasti menarik tetarik kete aku deboom..... dgn menggunakan body kit R3 sepenuhnya serta dalaman kulit hitam..... bermakna kete aku 99% hitam.... maybe... abg gilamodified boleh letakan hasil air tangannya serba sedikit, nanti... utk dalaman yg menarik nanti..... kalo ada sesiapa yg mempunyai cadangan utk aku tlg tinggal kan segala cadangan anda dlm ruang ulasan... OK... chow dulu sebab aku nak setting kete BMW aku utk acara driffting mlm esok...... chow..........

Sabtu, 13 November 2010

My Car Sound System Bandpass


Susunan Midbass dan Twiter dalam bonet kete aku.....


Moniter cuma 7" jer.... yg 4 lubang tu lah lubang angin utk system Bandpass yg lain dari biasa....


Keadaan sound system dlm bonet kete aku... biasa-biasa jer....

Sabtu, 16 Oktober 2010

proton inspira....



Alternatif terbaik untuk peminat mitsubishi Lancer.

Aktiviti memancing udang

Dah lama aku x gi memancing, last sekali tu plak dapat juga udang yg besar tp hasil kurang memuaskan...kalini mencuba nasib lg.. lokasi adelah kawasan yang sama tapi rakan2 seperjuangan sentiasa berbeza.

suasana hening ketika tiba...sungguh mendamaikan


bersiap sebelum naik bot


skill memegang killi


tersenyum lebar hasil memuaskan

Rakan2 sepancingan


Aku dgn udang yg di pancing


udang galah goreng yang fresh lg


Hasil tangkapan utk di makan anak kesayangan

Sabtu, 2 Oktober 2010

aksi2 di jamuan raya UPSI geng JPPHB

Dari kiri Farizal( mat smart),boss dan baha... itu tgh mengutuk org la tu.....

Baha tgh makan lagi...zaki sampai angkat baju... kenyang sesangat la tu..... yus tu pun dah x larat le tu terpaksa berpaut pada palang je dah....

Dari kiri sukri, sahril dan yus

Dari kiri jamsari, pakkau,mahathirjai,fizzi,lan (yg nampak kepala),zul dan wan (duduk)..... semua tu tgh nunggu nombo naik la.....

wan tgh melayan makan "lantok la kome aku tau perot aku kenyang udah...."
baju biru tu shahrul.. "bilala no aku nak naik ni?...." baju oren tu zul... dah kenyang sangat la tu...

Tgh makan tu naim... "swdap gile ni mat... mike nak ke? teman tgh steam ni" fizzi tgh talipon org umah dia la tu.....

Ni baha memang mcm tu la perangainya x ubah2 dah anak 3 tu..."xder cawan , mangkuk pun jadilah... sruuupp.... emmm......"

Salleh tgh menunggu no bertuah dia naik.....dah mcm main kuda..... dkt 10kpg nombo ada kat dia......... "adoooi..... rugi la teman mcm ni beli sepuluh satu pun takde"

Baju biru tu pakkau... memang smart selalu... yg tu rodkembara...x dan nak control perut... maafla ye bang....

Tu yg x berambut tu lah pak ko...skrg dah muda blk...kembali rugged.... bediri rodkembara...

Selasa, 28 September 2010

Malam raya kat Talang

Macam biasa setiap tahun..inilah aktiviti aku di malam raya... menjengah kampong halaman

Ini la kg aku Bandar Di Raja Kuala Kangsar........ tp kg aku kg Talang Masjid.....

Kalo sape x pecaya x blh nak kata apa la kan....... tu lah besarnya Meriam Besi kat kg aku......

Pesta meriam kat kg aku tu memang telah menjadi tradisi dan mendapat permit utk mlm raya sahaja....... kalo bunyi mlm lain alamatnya x dapatlah main mlm raya dah.....




Aku akan tetap ke kg aku tiap2 mlm raya walaupun turn raya kat kampung wife aku.... aku sanggup memandu pulan dari kg aku ke rumah mentua aku walaupun pukul 4pg......

Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....... kepada semua blooge..... rasanya blm terlambat untuk kakiraces buat ucapan Hari Raya ...... Dengan ini kakiraces ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam yg berada di Malaysia dan di seluruh Dunia...... dengan ucapan... Maaf Zahir dan Batin..... sekiranya ada terkasar bahasa dan tertulis serta terkata...... Bagi yg nak balik kampung tu diharap berhati-hati lah semasa memandu...... Bagi yg x dapat balik beraya dgn keluarga jgn sedih sangat ..... angaplah kekawan yg ada bersama kita tu sebagai keluarga kita..... mudah mudahan Allah akan memberi keceriaan dan cahaya Aidilfitri kepada kita. Inshaallah.......

Isnin, 6 September 2010

Raya daH Nak dekat...

Rumah kena cat baru, ader lebih bonus tambah ruang lagi...........warna pilihan team favourite................Amecam..ok tak?????????????